leave ur link here n i'll 4llow u back!

Letupan Tunguska

Oct 25, 2012

|



Awal pagi 30 Jun 1908 di pesisir lembah sungau Tunguska, Siberia, satu kejadian gempa bumi yang berskala tinggi telah melanda. Kesan gegarannya dapat dirasai sehingga ke ibu kota London, hampir seribu batu jauhnya dari lembah itu. Penyebab letusan itu yang digelar
Tunguska Event atau Tunguska Blast sehingga kini dikaji oleh para saintis dan mereka masih belum menemui jawapannya.

Sekita pukul 7:17 pagi 30 Jun, puah Tungus dan penduduk setempat yang tinggal di sekitar Tasik Baikal telah menyaksikan satu fenomena aneh pembentukan cahaya terang. 10 minit kemudian, menurut saksi-saksi, satu pancaran 'flash' terbit dari langit bersama bunyi letusan seakan bunyi letupan artilleri.

Bunyi letusan kuat itu yang dikatakan bermula di utara, bergerak ke timur daerah tersebut yang kemudiannya disusuli dengan 'shock wave' - membuatkan segala tingkap rumah-rumah yang berada beratus kilometer dari tempat kejadian pecah bertaburan dan penduduk-penduduknya tercampak.
Saksi-saksi menyatakan, mereka hanya melihat cahaya terang di langit, mendengar bunyi yang kuat serta kemudiannya impak gegaran namun tiada sebarang letupan besar dilihat.Letusan kuat itu memberi impak yang besar, meranapkan hampir seratus million batang pokok di hutan kawasan itu, seluas 850 batu persegi.

Teori awal mengemukakan penyebeb letusan ini mungkin akibat hentaman komet atau meteor dari angkasa. Dari siasatan yang dijalankan, skala impak kejadian ini dikatakn di antara 10 hingga 15 megaton - iaitu 1000 kali lebih power dari letupan bom atom yang menghentam Hiroshima


 













0 comment:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuff