leave ur link here n i'll 4llow u back!

bermulalah 1 pengalaman

Oct 9, 2010

|

Time tu, kami satu family tengah on the way dari Kedah ke Kuala Lumpur. Family aku memang selalu travel ke KL or straight ke Johor. Kakak dan kedua-dua abang aku duduk belakang and sebab aku paling kecik (hiks) maka aku yang time tu berumur 2 tahun lebih duduk atas riba mak aku kat depan (hiks sekali lagi).




Biasanya, aku memang bantai tido dari start pusing kunci kereta sampai la time orang semua dah turun bawak beg masuk rumah. Tapi, pagi tu (pukul 2 ke 3 pagi) memang special. Mungkin sudah ditakdirkan, aku akan berkenalan dengan ‘benda lain’ yang sebenarnya wujud cuma tidak biasa kelihatan.


Kalau tak salah, time tu parents aku baru je lepas stop kot. Bapak aku minum kopi so tak mengantuk. Abang-abang aku dgn kakak aku sume bantai tido kat belakang. Aku dah terjaga time stop tu, and susah nak tido balik lepas tu. Macam aku cakap, maybe it’s a special occasion.


Time bapak aku dah start balik masuk jalan besar (time tu takde highway lagi), aku rasa macam nak tido tapi mata ni dah luas terbukak. Pastu, parents aku dok sembang-sembang plak. Memang lagi la susah nak tido kan. (Jeles plak pusing tgk orang lain sume tido)


Tengah-tengah sangap tu (kecik-kecik dah pandai sangap), hati aku tergerak nak layan permandangan kat luar. Tapi, malangnya aku bukan bionic man ataupun robot yang ada night vision. Aku nampak kat luar hitam je. Sekali sekala nampak benda ada cahaya (most probably light reflector kot).


Dah la sangap, nak layan view, tade ape. Haih. Boring betul. Time tu la mak aku perasan yang aku tak senang duduk. Ade la die tegur-tegur aku macam nak bagi aku duduk diam (tapi aku tak ingat details).

”Haa, tengok tu, dah sampai tunnel”

Memang time tu la aku terasa happy skit. Aku pon tatau apsal aku nak happy masuk terowong. Mungkin sebab rarely kot. So, macam kagum la masuk terowong.

Tengah syok layan konon-konon nak kira lampu dalam tunnel walaupon time tu tak pandai kira banyak-banyak lagi, aku terasa seram sejuk. Bulu roma yang tak berapa banyak sume berdiri tegak. Tapi, apa la budak umur 2 tahun tau kan? Aku ingat aku sejuk biasa je.

Tapi serentak dengan aku dok sedapkan hati yang aku sejuk pasal aircond, mata aku ternampak tombol aircond kereta Kancil bapak aku.

Eh, kat 0. Camne leh sejuk ni?

Dan berlakulah satu peristiwa yang bakal mengubah hidup aku. Mata aku tertumpu kat sepasang mata kaler oren kemerahan kat side mirror sebelah kiri. Cuba bayangkan kalau korang umur 2 tahun, korang nampak ada mata kaler oren kemerahan dok tengok balik kat korang?

Ha, tu la yang aku rasa. Memang terus assume benda tu hantu. Aku nak je menangis puas-puas pasal takut, tapi unfortunately, suara aku tak keluar. Air mata je dok full kat mata ni. Rasa takut time tu, Tuhan je tau. Tengah terasa takut gile nak nangis tapi tak boleh tu, otak aku yang masih suci dari kejahatan dunia terpikir;

Aku takut pasal aku nampak die nampak aku. How about aku tutup mata. So, tak nampak. Tak nampak, maka tak takut. Kan?

So, aku pon tutup la mata rapat-rapat. And I live happily ever after... not! Bak orang kata, curiosity killed the cat (eventho time tu aku tatau pon apa maksud dia) kepala otak aku terasa curious gile. Gatal je nak bukak mata tengok balik ‘benda tu’ ade lagi ke tak. Dah bukak, jeng jeng jeng. Mesti la ada. Kali ni dok senyum.

Friendly menatang ni.

Aku try jugak nak tengok tempat lain (ke depan, ke belakang tempat adik-beradik aku tido, kat bapak aku yang tengah drive dan macam-macam tempat lagi la) tapi, in the end aku mesti tengok balik kat side mirror tu. ’Benda tu’ pon sampai seronok pulak dok melayan aku. Senyum la, jelir lidah la, gelak la.

Mungkin memang ’benda tu’ berniat nak bergurau senda dengan aku yang suci muci. Mungkin aku terlalu comel sampai ’benda tu’ nak main cak cak dengan aku. Or mungkin ’benda tu’ just plain friendly. TAPI kalau rupa kau macam tu, mesti la aku takut lahanat!!

Pengalaman tu berterusan lebih kurang 5-10 minit. Tak lama. Tapi bayangkan bagi seorang budak berumur 2 tahun. 10 minit tu terasa macam 10 tahun. Dah la tengah takut. Nak nangis, tak keluar suara. Nak buat-buat tak nampak, dah ternampak. Nak tengok tempat lain, terasa curious plak. Apa lagi aku boleh buat??

2 comment:

shida lyna said...

syirin...
ape bnde tu yg ko ckp...
menatam ape yg ko tgok??
seram jgak akue bce..
huhuhu~

Ron da series said...

ceh..mntang t r..ape lg..huhu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My Photo
Vanilla Summer
hurmm..i am:
-a human
-like hang out with friends
-do something different from people
-like latte
-spend time at book sometimes
View my complete profile

nuff