leave ur link here n i'll 4llow u back!

aku, dia dan camera

Apr 17, 2010

|
2009

"eh kamera siapa pula ni? tinggal kat tepi pantai macam tu je..memang tak sayang betul."ucap Hairi. Tangannya mula gatal mengusik-usik kamera itu. setelah menghidupkan kamera ini dia amat terpegun.





"cantiknya gambar..siapa perempuan dalam gambar ni.."Hairi leka memerhatikan gambar seorang gadis di dada kamera itu. Gadis itu mempunyai rambut

yang ikal. Ditekan pula butang zoom. Mata gadis itu berwarna coklat Hazel. sungguh memikat. Hairi bagai terpukau.

"ehem!"Hairi tersentak setelah mendengar satu suara berdehem kepadanya. dia berkalih. sekali lagi dia mata terpukau gadis di dalam kamera itu. Hairi mati kata.

"encik tu kamera saya boleh bagi balik?"ucap gadis itu lembut.Hairi hanya mengangguk.

"terima kasih" gadis itu mula mengatur langkah pergi. Hairi baru tersedar dari lamunan nya.

"cik tunggu.."laung Hairi. gadis itu mematikan langkah dan berpaling kepada Hairi. gadis itu telah mencemar dahinya dengan kerutan kecil.

"cik bercuti kat sini ke?"soal Hairi setelah menghampiri gadis itu.

"ya..kenapa?"gadis itu mula memandang Hairi pelik.

"kalau boleh..saya nak tahu nama cik boleh"Hairi mula berani.

"Eloise Aleeya"ucap gadis itu selamba.

"saya Hairi.."Hairi mula menghulurkan tangan untuk berjabat tangan. gadis itu menyambutnya.Hairi hanyut dalam khayalan. tanpa di sedari gadis itu telah pergi meninggalkannya.

"siapa gadis itu.."soal Hairi di koridor bilik penginapannya. dia mula merenung langit malam yang berbintang.

"aku mesti cari gadis itu..she is the one"Hairi sudah tersenyum simpul. nampaknya dia sudah terpikat dengan gadis misteri itu.

"gadis itu.."Hairi mula mengejar. gadis itu sedang bermain-main dengan air. di tangan kiri gadis itu ada sebuah kemera. ya kemera yang di jumpainya semalam. Hairi mula mendekati apabila melihat gadis itu mencangkung sambil menguis-nguis pasir.

'alahai..comelnya' getus hati Hairi.

"awak nak apa?"soal gadis itu sambil merenung wajah Hairi.

"saya nak sembang dengan awak boleh" soal Hairi. gadis itu mengangguk kecil. rambut gadis itu di tiup angin laut. menyerlahkan kecantikan gadis itu lagi. Hairi terpukau lagi. sugguh dia tidak pernah melihat gadis secantik gadis itu.

Mulalah bibit indah antara Hairi dan gadis itu. Gadis itu mula senang dengan Hairi. Dia menceritakan segala kisah hidupnya kepada Hairi. rupanya gadis itu telah kematian kekasihnya ketika menyertai aktiviti 'scuba diving' di pulau ini. Hairi turut tersentuh mendengar cerita gadis itu. dan terbawa perasaan apabila melihat gadis itu menangis.

"awak tinggal bilik berapa?malam nanti saya nak jemput awak pergi dinner bolah?" soal Hairi sambil merenung wajah gadis itu.dia sebenarnya cuba mengubah topik supaya gadis itu tak bersedih.

"333"jawap gadis itu sambil mengesat air matanya. Hairi mengangguk. mereka berdua mula bangkit dari tepian pantai dan mahu kembali ke bilik masing-masing kerana hari sudah senja.

tokk..tokk..sudah berkali-kali Hairi mengetuk pintu tapi tiada jawapan. Hairi mahu ke lif untuk bertanyakan ke kaunter.pintu lif terbuka. Eloise didalamnya. Hairi lega. mereka berdua beriringan ke restoran di tepi hotel itu.

"Hairi kenapa mereka pandang saya pelik" soal Eloise tidak selesa apabila semua mata di restoran itu memerhatikan mereka berdua.

"mereka terpegun kot awak cantik sangat" ucap Hairi.Eloise tertawa kecil.

"merepek ja awak ni"ucap Eloise sambil menghidupkan kamera nya. dia mula menangkap gambar Hairi. Hairi mula membuat gaya dari berbagai posisi.

"Eloise.."Hairi mula mencapai tangan Eloise setelah Eloise selesai menangkap gambarnya.

"hmmm"wajah Eloise kemerah-merahan menahan malu.

"sejak pertama kali saya lihat Eloise saya dah jatuh hati..jatuh sayang pada Eloise.. hmm eloise sudi tak awak jadi pelengkap hidup saya yang kekurangan ni?saya tahu terlalu singkat perkenalan kita ni..tapi saya pasti awaklah Mrs Right saya Eloise.."soal dan terang Hairi penuh pengharapan.

"hmm..jumpa saya di tempat awak jumpa kamera saya hari tu. disana saya akan berikan jawapan" Eloise terus bangkit meninggalkan Hairi kesorangan di restoran itu.

Seperti yang di janjikan.. Hairi pergi ke tempat dia menemui kamera Eloise. lama dia menunggu tapi Eloise tidak datang. tiba-tiba dia tersepak sesuatu objek.

"ouch!" jerit Hairi. dia menunduk untuk mencapai apa yang di sepaknya. kamera Eloise. dan ada nota.

Hairi tolong cuci gambar dalam kamera ini dan di situ ada jawapan..-eloise


Hairi cuba menghidupkan kamera itu. tapi tak boleh. mungkin kehabisan bateri. Dia terus pergi ke kedai kamera terdekat. Dia menyuruh gambar di kamera itu di cuci. setelah selesai Hairi menyerahkan wang not RM25 kepada pekedai itu. pekedai itu memandangnya pelik. Hairi tidak mengendahkannya. Hairi mengambil tempat duduk kerusi santai di tepi 'swimming pool' hotel itu. Dia mengeluarkan gambar itu satu persatu. Hairi tergamam. Gambar-gambar itu cukup tragis. Gambar gadis itu. Seorang lelaki. mungkin teman lelakinya. pada awal gambar-gambar itu memang penuh kegembiraan. cuma di akhir gambar itu membingungkan Hairi. Gambar teman lelaki kekasih itu timbul di atas air air di sekeliling lelaki itu bertukar merah. Hairi kegerunan. Gambar seterusnya Gadis itu juga terapung di atas air dengan darah merah mencemar warna air laut.Siapa yang menangkap gambar ini. Hairi kaget. Gadis itu sudah mati? soal hatinya? tak mungkin. siapa yang dengannya sepanjang 3 hari di hotel ini.

Hairi mula berlari ke kaunter pendaftaran hotel itu.

"cik ada tak penginap hotel bernama Eloise Aleeya"soal Hairi.

"sekejap ya encik saya periksa" jawap gadis di kaunter itu

"ok"

"maaf cik tiada nama penginap bernama Eloise Aleeya kat sini"

"tak mungkin..tak mungkin"Hairi mula kegerunan

"ok..ok check pula penginap bilik 333" Hairi masih tidak berpuas hati.

"maaf tiada penginap dalam bilik itu sejak tahun 2006 encik"Hairi mengeluarkan gambar di poketnya. diperiksa tarikh yang tertera pada kamera itu.

' 15 mei 2006' baca Hairi dalam hati. Dia mula mencari gambarnya yang di tangkap oleh Eloise semalam..tiada.Hairi tergamam lagi.Kepingan gambar-gambar itu terlerai dari tangannya. Kamera iu turut terjatuh. Hairi berlari keluar dan pergi ke restoran yang di perginya bersama Eloise semalam.

"encik semalam saya pergi restoran ni dengan siapa?" soal Hairi kepada salah seorang pelayan yang mengambil menu darinya semalam

"encik..encik datang sorang"jawap pelayan itu tergagap-gagap. Hairi jatuh terduduk.

'siapa kau Eloise, kau dah mati. kenapa kau jumpa aku.kenapa kau buat aku macam ini' ucap Hairi sambil berdiri di tepi pantai. ombak menyapu betisnya.Tangan kiri Hairi memegang kepingan gambar itu. Tangan kanannya memegang Kamera Puaka itu. Hairi bergerak ke tengah laut.dan dia hilang di telan ombak. Gambar-gambar bertebaran di dada laut. Hairi hilang tanpa dapat dikesan lagi.



2012

"eh kamera siapa ni"tanya Rasya dan peristiwa Hairi berulang lagi. Aku,Dia dan Kamera berulang. peristiwa hitam berulang lagi........

tamat....

6 comment:

hansyitake said...

at 1st, i tought cte romantic..
then, it turned to horror...huuuu
scarry...:))

haruka said...

haha..me too..

shida lyna said...

gilak pnye cite...
kill terus brain akue nie..
mula2 starting ok...
ending die...tu larh yg aku xtrima..
horobble btol..sian kat pompuan yg last skali..

Ron da series said...

huiish..yg t mmg r..bru la bez dy pyer jln cite t

fyda said...

colourful blog..cool..:) cmne nk join chat kat bawah 2??kne register dlu kew??cmne??

Vanilla Coopers said...

aah..kne register dlu n then dpt laa code dy tu..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My Photo
Vanilla Summer
hurmm..i am:
-a human
-like hang out with friends
-do something different from people
-like latte
-spend time at book sometimes
View my complete profile

nuff