leave ur link here n i'll 4llow u back!

Tafsir Mimpi Moden

Sep 1, 2011

|
(Sedikit tafsiran mimpi dari saya yang banyak dosa, dan ini adalah pendapat saya semata-mata)


Saya ingin membuat pengakuan kepada dunia, bahawa saya masih bodoh dalam banyak hal, terutama bab tafsir mimpi. Jadi TOLONG jangan email saya suruh tafsir mimpi korang, sebab hati saya kotor, dosa saya banyak, dan masih berusaha menjadi mayat yang bertaubat.
  1. Menurut Buznama, jika mimpi perkara baik di tengah malam, maka bangunlah dan bertahajjud sambil mendoakan agar mimpi itu makbul. Menurut Hadith, mimpi yang baik itu dari Allah, mimpi yang buruk dari syaitan.
  2. Jika mimpi buruk, bangun jugak, bertahajjud dan minta pada Allah, supaya perkara itu tak berlaku,
  3. Jika mimpi buruk dan malas nak bertahajjud, buat ‘isyarat ludah’ di sebelah kiri sebanyak tiga kali sambil beristigfar dan sambunglah tidur balik (ada dalam hadith, )
  4. Jika mimpi berjumpa Nabi, Maka itu adalah Nabi Muhammad SAW, (Rujuk Hadith) sedikit cerita: baru baru ni ada beberapa kawan aku bermimpi jumpa Nabi, kawan aku tanya kepada Nabi, apakah tanda ahli shurga di akhir zaman, mengikut cerita kawan aku, tanda ahli shurga akhir zaman, Nabi bagitahu dalam mimpinya: mereka ada alas tidur di masjid. (baca: ini bukan Hadith: ini cerita mimpi)
  5. Pada pendapat aku, Jika dalam mimpi korang bermimpi buat dosa, maka itu tandanya korang lemah iman, sila buat usaha atas iman dengan sungguh sungguh jika korang asyik buat dosa dalam mimpi. Orang beriman dalam mimpipun tak buat dosa.
  6. Jika korang bermimpi buat pahala dalam mimpi sedangkan dalam dunia nyata korang banyak buat dosa, maka itu tandanya korang seorang yang suka berniat buat baik tapi tak mampu laksanakan mungkin di sebabkan pengaruh rakan atau masalah suasana, nasihat aku, sila zahirkan mimpi korang ke dunia nyata dengan cari suasana yang betul dan kawan yang betul, (baca: jika tak nak masuk neraka.)
  7. Jika korang bermpimpi bersutubuh buat pertama kali dalam hidup, sedangkan korang tidak pernah bersetubuh, dan ketika terjaga terdapat cecair pekat wangi keputihan, itu tandanya korang sudah akhil baligh, yang mana lepas ni jika tinggal solat dengan sengaja boleh masuk neraka jika tak bertaubat. Sila jangan tinggal solat lagi sampai jadi mayat. Kalau nak tinggal solat jugak, tinggalkan solat jenazah untuk anda jer, hihihi.
  8. Jika korang sudah baligh, tapi masih bermimpi bersetubuh atau berzina atau merogol, itu tandanya air sudah naik kepala.(air mani sudah penuh testis daa..) , tafsir mimpinya: Bila nak makan nasik minyak?
  9. Jika korang bermimpi berjumpa hantu dan korang takut dengan hantu tu, maka terbukti korang memang penakut, sila takutkan Allah lebih dari segala- galanya. Aku bila mimpi jumpa hantu, aku akan kejar hantu tu dan tarik rambutnya- serius.
  10. Jika korang bermimpi bersetubuh dengan isteri sendiri, itu tandanya korang adalah kekasih yang setia, tapi jika mimpi berzina dengan perempuan lain, itu tandanya korang bukan kekasih setia, lemah iman, dan rakus. Baik bertaubat.
  11. Jika korang bermimpi solat subuh, tapi bila terjaga belum solat subuh dan haripun sudah siang, itu tandanya korang adalah seorang islam yang suka tidur lewat.
  12. jika korang bermimpi terasa nak kencing, berhati hati, nanti ada yang kencing dalam seluar. Woha!
  13. Jika korang bermimpi sedang memutarkan gasing kecil di atas meja, dan gasing itu tidak berhenti berputar buat selama-lamanya, itu tandanya korang sedang bermimpi.
Moral of the story: JANGAN PERGI GOOGLE UNTUK TAFSIR MIMPI
Ps: Banyak kisah mimpi yang berlaku oleh sahabat dalam zaman merakam hadith, adalah berguna untuk rujukan ummat akhir zaman, setelah di tafsir oleh nabi Muhammad SAW, maka kita di zaman mengzahirkan hadith ini, tak perlu sangat nak tafsir mimpi kita seperti mereka, dengan sibuk cerita pada ustaz ulamak suruh tafsir mimpi korang yang tah apa apa, Baik kita zahirkan hadith Nabi dengan menjadi watak yang di suka oleh Allah dan Rasul…, dan ini adalah pendapat saya semata-mata. Peace!

0 comment:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuff