leave ur link here n i'll 4llow u back!

Gula-Gula Kumpulan KPop Malaysia Ala WonderGirls

May 14, 2011

|

Gula gula, kpop malaysia, wondergirls malaysia
Gula-gula, suwiitnyer
Fuh! Dasyat betul fenomena Kpop ni sampaikan kat Malaysia pon dah wujud kumpulan Kpop wanita ala-ala WonderGirls gitu. Nama mereka pon suwet je iaitu Gula-Gula. Sejak kemunculan mereka, kami terima banyak komen negatif dan positif. Ada yang minat kumpulan Gula-Gula ni tapi kami cuba juga cari lagu apa yang diorang nyanyi, tak jumpa pula kat youtube. So korang minat kumpulan Gula-Gula ni sebab apa? Sebab dia feeling Kpop dan korang pon minat tengok drama Korea ke.

Gula gula
Dari kiri: Rara, Meimei dan Chacha
Dari segi pakaian Gula-Gula memang mengetengahkan ciri-ciri Korea habis dengan mini skirt dan kasut boots tinggi. Mini skirt? hurm.. Tak dinafikan artis kita pon seksi jugak, tapi udah le. Tak payah nak menambahkan lagi seksi meksi ni. Pakai mini skirt tapi peha mengalahkan pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali, Aidil Zafuan, Zaquan Adha, mahupun keeper kita, Khairul Fahmi. Mungkin Gula-Gula lepas ni boleh kurangkan aktiviti panjat bukit.

gula gula
Dari kiri: Joy, Erwina, Achie

Apa pon kami tunggu kemunculan video klip kumpulan Gula-Gula ni, nak tengok bakat nyanyian mahupon tarian yang mungkin setaraf Wonder Girls. Lepas tu kalau Gula-Gula kena kutuk sebab takde identiti sendiri kerana meniru Kpop sedangkan anda di Malaysia bukan Korea, anda wujudkanlah Mpop, baru best. 1Mpop pon ok jugak sebab kita 1Malaysia.

Sumber: Gula-Gula Kumpulan KPop Malaysia Ala WonderGirls — LimauAis 

0 comment:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuff